Tuesday, 15 November 2011

Kapal Kargo Subsidi RM100 Dah seminggu Tak Sampai Lagi Ke Sarawak...!

    Kebanyakkan Negeri-negeri di semenanjung telah mendapat  bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang disalurkan kepada pihak sekolah, dan terus di salurkan kepada murid-murid yang layak menerimanya, semenjak peruntukkan ini di umumkan oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 november yang lepas.

   Kenapa di Negeri Sarawak, Peruntukkan ini belum di berikan kepada murid-murid sekolah, malah tiada sumber info daripada kementerian atau pihak sekolah, bila wang ini akan di salurkan. Mengapa ada perbezaan waktu antara semenanjung dengan Sarawak walhal di zaman yang serba canggih kini ?                         

 Berita Utusan Malaysia 10/11/2011.

10/11/2011  22:00PM       KUALA LANGAT 10 Nov. – Lebih lima juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 yang disalurkan kepada pihak sekolah berkuat kuasa hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bayaran tersebut akan dibayar kepada pelajar tahun 1 hingga tingkatan empat bagi sesi 2011.
Beliau berkata, bagi pelajar tahun 1 dan tingkatan 1 sesi 2012 akan dibayar pada Januari ini.
''Wang bantuan itu akan dimasukkan ke akaun BSN sekolah. Kalau sekolah tiada akaun BSN, mereka perlu buka akaun sementara,'' kata beliau pada majlis bersama pensyarah dan pelajar matrikulasi di kolej matrikulasi selangor di Jugra di sini.
  Pastikan penyaluran duit ini diuruskan dengan saluran yang betul dan ianya adalah tanggungjawab Kementerian untuk memantau dengan lebih dekat, supaya duit ini betul-betul sampai kepada anak-anak murid yang layak. Sekian.


INFO DARI :-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia& sec=Terkini&pg=bt_44.htm

No comments:

Post a Comment