Thursday, 3 November 2011

Bayi Kepala Tiga Lahir di Sumatera

      Seorang bayi lahir dua hari yang lalu di Kota Binjai, Sumatera Utara, memiliki kepala tiga namun badannya hanya satu, dan kini bayi tersebut masih dirawat secara intensif di Rumah Sakit, Kesrem.

Bayi yang lahir dengan kaedah pembedahan pada malam Jumaat  (28/10/2011) itu dirawat di rumah sakit yang belum memiliki peralatan lengkap, kerana orang tua bayi tidak mampu untuk dibawa ke rumah sakit moden atau klinik pakar di Kota Medan, kata Syamsidar, nenek kepada bayi di Binjai itu, Isnin (31/10/2011)

Bayi lelaki dari pasangan Yusnita dan Poniman, warga Tanjung Jati Kota Binjai Sumatera Utara, mendapatkan perhatian warga setempat.

"Keadaan fizikal bayi tersebut semasa lahir sangat memprihatinkan, dengan berat empat kilogram, dengan keadaan kepala seperti tiga biji yang dicantumkan ke satu badan," kata Syamsidar.

Bayi tersebut dipercayai menderita pembesaran selaput otak atau meningokel, yang sekarang diletakkan di dalam unit inkubator, dan dijaga sejumlah jururawat rumah sakit.

Syamsidar mengatakan bahawa pihak rumah sakit mencadangkan agar bayi ini dibawa kerumah sakit Haji Adam Malik Medan, kerana perlu dirawat oleh doktor pakar dan peralatan perubatan yang lebih canggih.

Namun pihak keluarga, katanya, tidak mampu menanggung kos untuk membawa bayi tersebut sehingga kami hanya pasrah saja, katanya.

"Kami sekeluarga tidak mampu untuk membawanya ke Medan, kerana  ayah hanyalah bekerja sebagai buruh kasar disalah satu toko warga yang ada di Kota Binjai," katanya.

Syamsidar hanya berharap ada dermawan yang bersedia membantu proses perubatan cucunya, hingga boleh sembuh dan kembali normal seperti bayi yang lain ketika lahir.

Sementara itu doktor yang bertugas di rumah sakit Kesrem Binjai, dr Dimyana berkata bahawa ketika ini keadaan bayi masih baik dan boleh minum.

Pihak rumah sakit, juga telah menyiapkan surat rujukan bagi bayi itu dirujuk ke rumah sakit yang mempunyai peralatan lengkap , namun keluarga sang bayi belum bersedia membawanya, kerana tidak mampu, katanya lagi.

Sumber berita dari :-http://www.wandinews.com/2011/11/bayi-berkepala-tiga-lahir-di-sumatera.html

No comments:

Post a Comment