Kampung Merembeh atau Kupuo Ngiromis, Sebuah kampung Bidayuh yang terletak kira-kira 3km dari Pekan Bau dan 45km dari Bandaraya Kuching akan berubah wajah,apabila syarikat pemaju perumahan iaitu Gigantic Construction Development Sdn membangunkan projek Bangalow Mewah betul-betul di depan jalan masuk ke kampung itu.
Map Lokasi Projek Perumahan The Gigantic Cottage. ( Perumahan Bangalow Mewah )
Sebuah Dewan Serbaguna juga di bina untuk kemudahan pemilik hartanah, untuk menjalankan aktiviti readah dan aktiviti sukan
Sebanyak 22 unit Single Storey Detached House dengan keluasan tanah satu ekar seunit rumah akan di bina.
Perumahan Mewah ara HomeStay dengan kemudahan yang serba moden hanya mampu dimiliki oleh orang-orang atau individu berada sahaja.
Adakah ini akan mengubah senario suasana Kampung, yang selama ini penuh dengan prinsip-prinsip kejiranan dan semangat gotong-royong seperti kebiasan sebuah kampung Bidayuh yang bebas dari segara unsur-unsur negatif. Ini kerana secara logiknya kemasukkan orang luar yang bertambah dan tak terkawal ke dalam kawasan kampung.
Senario ini telah berkumandang dengan perbagai reaksi dan pendapat daripada penduduk kampung yang terpaksa menjadi mangsa keadaan ini.
Adakah projek ini akan memberi manfaat atau kebaikan secara tidak langsung kepada penduduk kampung atau mengundang segala unsur-unsur negetif yang tidak di ingini seperti masalah sosial remaja atau kes-kes jenayah yang selama ini jarang-jarang berlaku kepada penduduk kampung.
Namum kita harus berani menerima perubahan dan berharap ianya akan mengundang banyak kebaikan kepada penduduk kampung.
No comments:
Post a Comment