Sunday, 30 October 2011

Bagaimana Melahirkan Generasi Bijak Pandai?


30 October 2011
Bila sentuh fasal generasi, setiap orang ada definisi masing-masing. Generasi sesebuah negara bergantung bagaimana kerajaan negara tersebut membentuk kepimpinan, visi dan misi negara tersebut. Generasi sesebuah kekeluargaan, seperti anak atau zuriat, di bentuk sebelum, semasa, selepas dan seterusnya anak itu lahir. Bila kita search di Google, “kenapa orang yahudi bijak, bagaimana orang yahudi bijak, atau generasi yahudi yang bijak”, satu artikel mengenai penyelidikan seorang cendikiawan negara, Dr. Stephen Carr Leon akan menerangkan kepada anda semua tentang hasil kajian beliau selama hampir lapan tahun di Israel. Artikelnya amat panjang, artikel tersebut menyentuh mengenai tanggung jawab ibu bapa, tanggungjawab sekolah dan tanggung jawab kerajaan mereka dalam usaha melahirkan generasi bijak pandai. Tetapi ringkasan dibawah menjelaskan segalanya:
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran – admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon                                                                                                                    


Sumber Info Ngiromis Citizen @ copywright.

No comments:

Post a Comment